Jaulah Rashid meningkatkan keakraban ahli

ISKANDARIAH, 4 Mei: ISMA Mesir cawangan Iskandariah di bawah kelolaan Unit Sukan dan Aktiviti Luar telah mengadakan sebuah Jaulah Ukhowwi ke Rashid. Jaulah ini telah dijalankan sempena cuti musim bunga dan diikuti oleh 12 orang ahli. Jaulah ke sekitar kawasan rashid ini bertujuan merapatkan hubungan antara ahli di semua tahun pengajiaan sambil mengisi masa cuti secara bermanfaat. Ahli yang mengikuti jaulah telah berkumpul di Gami’ Ibrahim seawal jam 8.00pagi dan bertolak ke rashid pada 9.00pagi. Perjalanan ke Rashid menggunakan pengangkutan awam mengambil masa semala 45 minit.

 

Setibanya di perhentian Rashid, peserta jaulah terus ke destinasi pertama, Muzeum Kebangsaan Rashid. Di sini, peserta berpeluang mengenal serba sedikit tentang sejarah penduduk Rashid. Barang-barang antik dan peralatan-peralatan perang banyak disimpan di sini. Rashid dalam sejarahnya pernah berada di bawah pemerintahan kerajaan Islam Turki Uthmaniyyah. Sepanjang pemerintahannya, rashid menjadi tempat persinggahan kapal-kapal dagang dan banyak seni bina bangunannya di pengaruhi oleh Kerajaan Turki Uthmaniyyah sendiri. Selepas kejatuhan kerajaan Turki Uthmaniyyah, Rashid berada di bawah pemerintah orang-orang inggeris. Tidak lama kemudian, berlaku perang di antara tentera inggeris dan tentera perancis dan akhirnya Inggeris tewas dan rashid berada di bawah pemerintahan Perancis. Antara perjumpaan arkeologi yang menarik di Rashid adalah perjumpaan ‘Rosetta Stone’ atau ‘Batu Rashid’  yang tercatat atas permukaannya 3 tulisan zaman purba.

 

Perjalanan diteruskan ke destinasi kedua, ‘Qal’ah Rashid’ yang terletak di hujung Bandar Rashid. Di dalamnya terdapat sebuah masjid yang membolehkan peserta-peserta mendirikan solat zohor dan mendengar tazkirah ringkas tentang perkaitan Ukhuwwah dan Iman oleh Akhi Mohd Syahmi. Seterusnya, bagi menghilangkan kepenatan berjalan di bawah terik matahari, peserta bermain satu permainan kecil yang dinamakan ‘’The Tap King’’ Permainan yang menguji fokus dan ketelitian ini membuat peserta bergelak ketawa dan segala penat sebelumnya hilang dengan sendiri. Selesai bersolat zohor, peserta berjalan-jalan di sekitar Qal’ah dan bergambar, peserta-peserta bersolat asar sebelum meneruskan perjalanan ke destinasi ketiga, ‘Bughoz Nil’ atau delta sungai Nil.

 

Di Bughoz Nil, pengunjung rashid berpeluang melihat sendiri tempat pertemuan salah satu cabang kepada sungai nil dengan laut mediteranian. Peserta jaulah bergerak ke sini menaiki bot dan sempat menghabiskan bacaan mathurat sughro waktu petang secara beramai-ramai di atasnya. Sebelum sampai ke penghujung, kelihatan di tepi-tepi sungai rangka bot-bot nelayan yang belum siap. Bot-bot ini dibuat dengan tangan tampa menggunakan mesin atau jentera berat. Sepanjangnya juga kelihatan banyak rumah nelayan di atas sungai dan tempat pertenakan ikan. Di penghujung sungai dari jauh kelihatan sungai yang mengalir ke arah laut bertukar menjadi ombak. Di sinilah kita melibat kebesaran Allah dalam surah

 

Selesai melihat pertemuan sungai nil dengan laut, peserta jaulah bertolak semula ke bandar Rashid. Waktu sudah lewat petang. Peserta menikmati makanan ‘seafood’ sebagi makan malam di sebuah kedai seafood di ‘Nadi Rashid’. Selepas makan, peserta bersolat maghrib dan bergerak ke perhentian Rashid semula untuk pulang.

 

Begitulah Jaulah yang ahli-ahli ISMA imani. Kita berjaulah untuk mengambil peluang berjalan di atas buma yang Allah hamparkan dan melihat kebesaran ciptaan-ciptaan-Nya. Tidaklah kita lihat padanya selain dari kesempurnaan. Jaulah yang dijalankan ini diharap dapat memberi kerehatan sementara pada ahli-ahli ISMA Iskandariah daripada tanggungjawab dakwah dan tarbiyyah. Menembalikan tenaga dan memperbaharui semangat sebelum meneruskan gerak-kerja ISMA Mesir dengan lebih jitu lagi. Mengharapkan kenangan-kenangan yang dibina bersama kekal tersemat dalam hati sampai ke akhirnya

Comments

comments

ISMAMESIR