Lagenda Mansurah Pulang ke Gagang

Mansurah, 14 Mei: Setelah enam tahun berhempas-pulas menuntut ilmu dan bermusafir di Mesir bumi anbiya, pada tanggal 14 Mei 2013 Ibrahim bin Zuleffendi telah berlepas kembali ke tanah air untuk berkhidmat.

Beliau merupakan graduan pengajian perubatan di Universiti Mansurah. Beliau juga salah seorang daripada ahli ISMA-Mesir yang aktif di cawangan Mansurah.

Kepulangan beliau ternyata merupakan satu kehilangan terutamanya buat warga ISMA-Mesir (Mansurah). Pihak ISMA-Mesir khususnya Mansurah mengucapkan selamat pulang ke tanah air dan semoga terus istiqamah berbakti untuk agama, bangsa dan negara.

 

Wartawan : Azrul Azly Zarul Fuad

Comments

comments

ISMAMESIR