AGM Iskandariah Memperkasa Medan Amal

Wartawan: Syazana Aqilah (Jurufoto: Nur Farhana Maswan)

ISKANDARIAH, 17 April: ISMA-Iskandariah buat julung kalinya telah mengadakan Annual Grand Meeting (AGM) yang bertempat di Bait Hikmah Sporting bermula jam 6 petang hingga 10 malam. Mesyuarat ini telah dihadiri oleh semua ahli ISMA-Iskandariah.

AGM pada sesi ini telah membentangkan laporan aktiviti setiap biro dan soal jawab antara ahli dan pimpinan cawangan. Wakil JKP, Ustaz Nik Rafie turut hadir. Ujar beliau,”Apabila kita beramal,haruslah amal itu selari dengan amalan hati agar amal kita itu hidup.”.

Ketua cawangan sesi 2012/2013, saudari Nur Diyana Md Rasol menerangkan tentang matlamat mesyuarat itu diadakan dan mengingatkan semua siswi  agar sentiasa cuba untuk menjadi yang terbaik dalam segala aspek kehidupan. Beliau juga menekankan tentang kebersamaan ahli dalam merealisasikan setiap visi dan misi ISMA-Iskandariah.

 

Comments

comments

ISMAMESIR