Rehlah Mahabbah Menyemai Kekuatan Siswi Iskandariah

Wartawan: Diana Azam

ISKANDARIAH, 19 April: Mahasiswi  ISMA-Iskandariah telah mengadakan ‘Rehlah Mahabbah’ yang bertujuan menguatkan ikatan ukhuwwah dan memupuk kasih sayang antara siswi. Program ini telah diadakan di Hadiqah Dauliah (Taman Negara) bersama 33 orang siswi.

Memetik kata-kata saudari Wafa’ Abd Halim dalam sesi tazkirah “Antara cara untuk kita memanifestasikan rasa syukur kita kepada Allah SWT adalah bukan sahaja dengan menyebut rasa syukur tetapi juga diikuti dengan melaksanakan perintah Allah dan menjauhkan diri daripada melakukan maksiat”. Aktiviti seperti ice- breaking dan sukaneka juga diadakan bagi mencapai matlamat program.

Comments

comments

ISMAMESIR