3000 Mahasiswa Kenali Pandang Sisi Politik ISMA

 

Wartawan : Syafiq Wan Hazmy

MADINAH NASR, 21 April: Dataran Kompleks Rumah Negeri Hayyu Asyir telah menyaksikan wakil ISMA-Mesir, Ustaz Ahmad Syamil Bin Mohd Esa dalam Munajat Perdana dan Wacana PRU 13 yang telah diusahakan oleh Gerakan Suara Mahasiswa, SUARA semalam.

“Oleh itu apa yang saya ingin tanamkan kepada hadirin malam adalah ini bukan kita pilih siapa tetapi bagaimana kita memilih, apakah mizan (pertimbangan) yang kita gunakan untuk memilih dan ISMA mencadangkan untuk kita memilih apa yang memberi maslahat (kepentingan) dan kekuasaan terbesar kepada umat Islam di Malaysia maka ikutlah pilihan tersebut atau berdasarkan mizan-mizan tersebut maka pilihlah siapa pun kerana ijtihad boleh berbeza namun prinsip tidak boleh berbeza” kata Ustaz Syamil dalam ucapan beliau.

Wacana PRU 13 yang telah diadakan semalam, julung-julung kalinya menggandingkan barisan panelis daripada pelbagai persatuan pelajar di Mesir yang terdiri daripada wakil suara mahasiswa Mesir Ustaz Abdul Hadi Bin Jusoh yang merupakan mantan ahli Badan Pengurusan PMRAM, Ustaz Muhammad Nazrul Bin Abd Nasir sebagai wakil Penyokong PAS dan wakil ISMA Mesir Ustaz Ahmad Syamil Bin Mohd Esa selaku EXCO Tarbiyyah merangkap Pengerusi Pelapis Majlis Ulama’ ISMA Mesir.

Munajat Perdana dan Wacana PRU telah menyaksikan kehadiran mahasiswa dan mahasiswi daripada pelbagai latar belakang akademik mahupun fikrah politik yang berbeza bermula seawal 6.30 petang dengan zikir munajat dan solat hajat sebelum diteruskan oleh Wacana PRU 13 pada pukul 8.15 malam sehingga jam 11.45 malam. Wacana kali ini yang bertajuk PRU 13 : Mahasiswa Pilih Siapa? telah dihadiri oleh sekurang-kurangnya 3000 mahasiswa dan mahasiswi samada daripada Kaherah mahupun daerah luar.

 

 

Comments

comments

Comments are closed.