AGM ISMA-Mansurah:’Dakwah Akan Terus Diperkasa’

 AGM ISMA-Mansurah:’Dakwah Akan Terus Diperkasa’

 


(Wartawan: Muhammad Zakwan Bin Ilias, Jurugambar: Muhammad Luqman Bin Mohd Faisol)

Rabu, 17 April: ISMA-Mansurah telah berjaya mengadakan AGM buat kali pertamanya yang dihadiri oleh ahli-ahli ISMA-Mansurah. Seramai 22 orang telah hadir bersama-sama membincangkan penambah baikan serta muhasabah aktiviti-aktiviti setiap unit. Agenda AGM ini diadakan adalah bagi membentangkan aktiviti setiap unit kemudian diteruskan dengan perlantikan pimpinan bagi sesi yang seterusnya.

Ketua cawangan ISMA-Mansurah, Ustaz Shairawi Mohd Noor dalam ucapannya berkata, bahawa beliau berbangga dengan ahli-ahli semua kerana berjaya menggembeling tenaga dalam bekerja dan menghadiri setiap program yang dijalankan walau terpaksa menghadapi pelbagai titik bengik berta’amul dengan pelbagai jiwa manusia. Beliau juga turut mengingatkan bahawa, akhir sekali semua kejayaan dan kegagalan itu adalah atas keizinan Allah SWT.

AGM ini juga telah dihadiri oleh wakil ISMA-Mesir, Ustaz Syamil Esa. Beliau berkata, “Saya ingin mengucapkan tahniah atas pimpinan yang lepas atas segala kerja-kerja dan aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan, semoga Allah memandang usaha kalian”. Turut hadir dalam AGM ini, Ustaz Ikram Abu Hassan wakil ISMA-Mesir mengingatkan ahli dengan menambah, “Jika kita ingin seorang pemimpin seperti Saidina Umar, maka kita harus dahulu menjadi sperti Abu Ubaidah, Saidina Uthman dan sahabiah-sahabiah yang lain”.

Secara keseluruhannya, ISMA-Mansurah berharap agar setiap unit akan terus diperkasakan gerak kerjanya dan melakukan setiap aktiviti dan program dengan lebih tersusun bagi melahirkan mahasiswa yang berwibawa dalam memimpin dan membangun ummah. Semoga ISMA-Mansurah terus berkembang dalam melahirkan generasi penerus dakwah ini.

Comments

comments

ISMAMESIR