3 Pelajar Ain Syams Cedera Pada Malam Persembahan

 3 Pelajar Ain Syams Cedera Pada Malam Persembahan

 

Wartawan : Hatta Hamzah

ABBASIAH, 18 April : ISMA-Mesir merakamkan ucapan takziah buat saudara Miqdad Abdul Fisol, pelajar perubatan tahun tiga Ain Shams yang terlibat dalam kemalangan kecil semalam. Menurut laporan, tulang selangka bahagian kiri beliau telah patah sewaktu mengadakan persembahan silat di Majlis Penutup Ain Shams Civilization Day, yang bertempat di rumah tamu (Dar Ad-Dhiyafa) universiti tersebut. Wakil JKP ISMA Mesir, saudara Ahmad Fahmi bin Rashid Redza turut meluangkan masa melawat beliau di hospital pagi tadi.

 

Sementara itu, dua lagi pelajar Malaysia turut menerima nasib yang sama apabila turut mengalami kemalangan jalan raya ketika perjalanan pulang dari program tersebut. Mangsa, Tuan Muhammad Akmal Hakim dan Aizuddin Zailani diberitakan berada dalam keadaan stabil di samping mengalami luka-luka ringan serta hilang ingatan sementara.

 

Ketiga-tiga mangsa kejadian kemudian dikejarkan ke Hospital Pakar Ain Shams untuk menerima rawatan susulan. ISMA-Mesir mendoakan agar mangsa kejadian cepat sembuh serta berharap agar para pelajar sentiasa berhati-hati dalam setiap keadaan demi mengurangkan risiko kemalangan.

Comments

comments

ISMAMESIR