I-Medik Melahirkan Doktor Muslim Berwibawa

 

Wartawan: Zainun Nadhirah Abdul Nasir

MADINAT NASR, 13 April: “If MUIS (Majlis Ulama Isma) Mesir’s vision is to produce prestigious scholars, I-Medik too must have the same vision, which is to produce prestigious doctors.”

Begitulah kata-kata yang diucapkan oleh pengerusi majlis di awal pembukaan I-Medik Gathering yang bertempat di Masjid Ansori, Hayyu Sabie pagi tadi. Objektif program ini diadakan adalah untuk mengeratkan ukhuwah antara ahli dan bermuhasabah program-program pada semester lepas.

“Kita tidak boleh menganggap dakwah dan medik adalah sesuatu yang berbeza. Kedua-duanya merupakan wasilah untuk merealisasikan tanggungjawab kita sebagai khalifah di bumi ini. Dakwah nombor satu, tetapi tak bermakna belajar nombor dua,” kata saudari Syafaf Jumiran, graduan Universiti Kaherah dalam sesi perkongsian yang diadakan.

Selain itu, I-Medik Gathering ini turut disertakan dengan Mesyuarat Agung Tahunan yang merancang program-program yang lebih bermanfaat untuk ahli-ahlinya pada masa yang mendatang.

Comments

comments

Comments are closed.