Siswi Mansurah Membudayakan Amalan Sihat

Wartawan: Syahidah Abd Halim (Jurugambar: Nur Asyilah Ahmad Sharipuddin)

 

 

 

 

 

 

 

 

 

MANSURAH,  8 April : Satu karnival sukan anjuran ISMA- Mesir cawangan Mansurah telah diadakan di sini melibatkan semua mahasiswi ISMA cawangan Mansurah. Karnival  yang diadakan di Stadium Universiti Mansurah ini telah bermula pada jam 7.30 dan berakhir pada jam 11 malam.

Karnival Sukan tahun ini yang bertemakan ‘Mahasiswa Beragenda Dengan Badan yang Sihat’ telah disertai oleh 31 orang mahasiswi ISMA cawangan Mansurah dan pelbagai aktiviti sukan yang menarik telah dijalankan. Antaranya termasuklah pertandingan Futsal for Ladies, Bola jaring dan acara balapan (2x400m dan 4x400m). Para peserta telah dibahagikan kepada dua kontinjen dan setiap kontinjen menghantar wakil bagi setiap acara yang dipertandingkan. Karnival ini turut dimulakan dengan aktiviti pemanas badan dan senamrobik serta diakhiri dengan penyampaian hadiah dan berkelah menjamu hidangan ringan bersama. Malah, karnival sukan ini telah diadakan selari dengan pelaksanaan objektif  biro tarbiyah ISMA-Mesir iaitu membangun ahli yang berketerampilan dari sudut akademik, kemahiran dan kesihatan.

Pengarah Karnival Sukan, saudari Amira Muhammad berkata “Saya berharap agar karnival sukan ini memberi lonjakan kepada kita semua untuk menjaga kesihatan dengan baik serta membudayakan amalan yang sihat dan semangat kesukanan yang tinggi bertepatan dengan sifat muslim iaitu qowiyul jismi (kuat tubuh badan). Malah, diharap agar karnival ini juga dapat merapatkan ukhuwah antara mahasiswi ISMA Mansurah, yang bakal menduduki peperiksaan akhir semester tidak lama lagi” ulas beliau dalam temuramah selepas tamat karnival sukan ini.

Kami berharap agar program seumpama ini dapat dijalankan pada waktu akan datang dan semoga karnival sukan kali ini membantu pembinaan jatidiri mahasiwa beragenda selari dengan sabda Rasulullah SAW;

“Muslim yang kuat lebih Allah sukai dari muslim yang lemah”

Comments

comments

ISMAMESIR