ISMA Mansurah Menyeru Kerjasama Ke Arah Kestabilan Masyarakat Setempat

MANSURAH, 8 April: Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Mesir cawangan Mansurah akan mengadakan sebuah majlis makan malam bersama-sama dengan wakil persatuan-persatuan pelajar yang wujud di Mansurah pada 15 April 2013.

Antara persatuan yang bakal dijemput adalah PERUBATAN, Kelab IKRAM Mesir, PMRAM, PERMATA, Mansoura Manchester Medical Community (MMC), Komuniti Pro Syariah dan Khilafah, Kelab UMNO luar negara, Medic Mesir Mansurah dan Global Medic Network.

Dengan hasrat bersama-sama menggembleng usaha dalam memperbaiki masyarakat pelajar Mansurah supaya biah solehah mampu dicapai di sini, majlis ini dilihat bakal memberikan impak yang baik kepada masyarakat pelajar di Mansurah sekaligus menafikan segala persepsi negatif terhadap Mansurah.

Comments

comments

ISMAMESIR