SENIMAN 2013 Membangun Mahasiswa Beragenda

Wartawan: Fasihah Sulaman

KAHERAH,5 April: Biro Akademik dan Latihan ISMA-Mesir julung-julung kalinya telah menganjurkan Karnival Sayembara Seni Mahasiswa Nasional (SENIMAN ) yang berlangsung di Masjid Al-Ansori ,Hayyu Sabie’.

Menurut wakil Biro Akademik & Latihan ISMA-Mesir, Ustazah Nur Fatin Halil, ‘’Karnival ini bertujuan untuk mencungkil potensi ahli serta menyediakan platform untuk mereka beraksi. Dengan adanya karnival ini, mahasiswa dapat mengenalpasti potensi diri untuk disumbangkan ke dalam pengkhususan yang ada. Seterusnya, karnival ini juga memupuk keyakinan mahasiswa untuk menawarkan kepakaran mereka.

18 acara unik telah mendapat sambutan yang baik dalam kalangan mahasiswa sekitar Kaherah, Iskandariah, Tanta, Mansurah. Antaranya ialah berkonsepkan pengucapan seperti Leadership talk, Ustazah Pilihan, puisi, pantun, dan debat ala presiden. Selain itu penulisan cerpen, artikel, dan kajian ilmiah turut diadakan. The 10,000 Aire dan LE 50 Untuk Hidup pula mencungkil bakat perancangan ekonomi mahasiswa. Manakala yang bertemakan seni mahasiswa pula menawarkan pertandingan poster, melukis komik, fotografi, khat, memasak, gubahan hantaran dan nasyid.

“Alhamdulillah, secara peribadinya saya merasakan bahawa selain mencungkil potensi terpendam, program ini berjaya membuktikan kesyumulan tarbiyyah ISMA di mana ahli-ahli ISMA Mesir masih mampu meluangkan kesungguhan untuk berseni di celah-celah susunan kesibukan program lain”, komen salah seorang wakil  Citra Chenta, saudari Nurul ‘Iffah Fauzan.

“Karnival ini adalah satu titik permulaan untuk ahli-ahli ISMA Mesir mengorak langkah lebih jauh dalam melahirkan pemimpin berwibawa dalam masyarakat Malaysia”, tegas saudari Adibah Binti Zamani selaku timbalan pengarah SENIMAN 2013.

 

Comments

comments

Comments are closed.