MANSURAH, 7 April: ISMA Mesir cawangan Mansurah hari ini mengadakan Ijtima’ Syahri dan majlis wida’ (perpisahan) Dr. Abdul Hakim bin Mohd Hamsari yang akan pulang ke Malaysia hari ini bertempat di Villa Kita setelah berjaya menamatkan pengajian sarjana dalam bidang perubatan di Universiti Mansurah.
Majlis yang dihadiri oleh lebih kurang 13 orang ahli ISMA Mansurah itu bermula pada puklul 6.45 pagi.
“Khoirun naas, anfa’uhum linnas”, ujar Dr Hakim sebagai pesanan terakhir beliau kepada ahli ISMA Mansurah.
Beliau adalah merupakan antara generasi pertama yang belajar di Mansurah merupakan antara tulang belakang yang sangat optimis dalam dakwah.
Semoga dengan kepulangan seorang perintis dakwah ini dapat member sedikit sebanyak momentum kepada perjalanan dakwah di Mansurah.