ISMA-Mesir Dalam Rangka Menghasilkan Mahasiswa Berwawasan

Wartawan: Mohd Khairil Alias

KAHERAH, 7 April: “Kami memperkenalkan empat seruan utama ISMA Mesir kepada semua pelajar Malaysia yang sedang menuntut di negara ini”, ujar Presiden ISMA Mesir, Ustaz Shuhaib Ar-Rumy bin Selamat ketika menyampaikan ucapan dasar dalam Mesyuarat Agung Tahunan Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Mesir kali pertama di sini semalam.

Seruan ISMA Mesir kepada mahasiswa adalah perpaduan dalam kalangan mahasiswa atas dasar kebaikan dan taqwa tanpa mengira latar belakang persatuan, peningkatan kualiti dan jati diri mahasiswa Malaysia secara tersusun, teratur dan sistematik, berfikiran terbuka serta membina gaya hidup berwawasan.

“Bagi merealisasikan seruan tersebut, ISMA Mesir memperkenalkan Rakan ISMA yang menawarkan pakej-pakej menarik dan fleksibel”, tambah beliau lagi.

Memetik daripada ucapan dasar pengerusi, “ISMA Mesir juga meletakkan matlamat melahirkan ulama yang berwibawa dengan penubuhan Majlis Ulama ISMA (MUIS) dalam kerangka untuk memperkasa kajian ilmu syarak, fatwa serta menyebarkan kefahaman asas syarak kepada masyarakat pelajar”.

Sesi ucapan dasar presiden ini diikuti pula seterusnya dengan perasmian pembentangan ketua-ketua biro ISMA Mesir.

Comments

comments

ISMAMESIR