BMBK Abbasiah Ubati Masalah Ikhtilat

Wartawan: Amir Muslim


KAHERAH, 14 Mac: Bertempat di Dewan Serbaguna Masjid Wehdah Abbasiyyah, Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Mesir buat julung-julung kalinya telah mengadakan forum ‘Baju Melayu Baju Kurung’ (BMBK).  Majlis telah dimulakan seusai pukul 7.30 malam.

Forum kali ini telah mengetengahkan isu sezaman, berpaksikan peleraian dilema dalam etika berkomunikasi antara lelaki dan perempuan menurut landasan Al-Quran dan As-Sunnah.

Panelis yang  ditampilkan adalah Saudara Syed Ahmad Israa’ bin Syed Ibrahim dan Saudari Siti Sarah binti Amran, merangkap ahli Majlis Tertinggi ISMA Mesir. Majlis telah diserikan lagi dengan gandingan moderator yang mantap, Saudara Kamil bin Kamaruddin dan Saudari Nurul Sheila Fatin binti Zaidi.

Program anjuran ISMA Cawangan Abbasiyyah kali ini telah berjaya menarik kehadiran seramai 100 orang mahasiswa sekitar Kaherah. Polemik tersebut menjadi suatu batu aras terhadap penerimaan keterbukaan masyarakat terhadap arus baru yang dibawa oleh ISMA sendiri.

Gerai jualan Aman Palestin beserta Rakan ISMA telah dibuka sepanjang program. Selain itu, diskusi santai ini dimeriahkan dengan kemunculan pesona nasyid  Fetya.  Suara harmoni mereka telah mengiringi penutupan majlis pada pukul 10.30 malam.

BMBK menutup tirai dengan harapan segala permasalahan berkisar ikhtilat dapat dileraikan. Hal ini penting bagi melahirkan rijal-rijal agama yang kuat dalam mendepani arus kemodenan yang kian menyentap.

Comments

comments

Comments are closed.