Belasungkawa Atas Pemergian Dr. Uthman El-Muhammady

Wartawan: Mohd Khairil Alias 

KAHERAH, 26 Mac: Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Mesir mengucapkan takziah kepada keluarga Ustaz Dr. Uthman El-Muhammady yang telah meninggal dunia semalam. Beliau yang merupakan Felo Amat Utama ISTAC IIUM, ahli lembaga pemegang amanah Yayasan Karyawan dan pensyarah sambilan peringkat ijazah sarjana muda itu meninggalkan seorang balu Mariam Hussein 65, serta 12 orang anak. Beliau meninggal dunia pada usia 70 tahun.

Beliau merupakan anak kelahiran Kelantan yang telah dilahirkan pada Februari 1943 itu merupakan seorang yang berjiwa besar dan sangat mencintai ilmu. Antara hasil tulisan beliau ialah Peradaban Dalam Islam, Memahami Islam  serta sebuah buku bahasa Inggeris The Glorious Koran.

Beliau pernah menghadiri program Konvensyen Memperingati Kejatuhan Melayu Islam Melaka 1511 (KEMM 1511) anjuran Ikatan Muslimin Malaysia yang diadakan di Universiti Teknikal Malaysia Melaka pada  Januari 2011 yang lalu.

ISMA-Mesir merakamkan takziah sekali lagi kepada al-marhum, semoga Allah mengganjari syurga tertinggi kepada beliau atas jasa dan usaha beliau terhadap Islam.

Comments

comments

ISMAMESIR