Tahniah Kepada Barisan Kepimpinan Baru ABIM Mesir

Wartawan: Shazwan Shukri

KAHERAH, 19 Mac: Seluruh warga Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Mesir merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada barisan kepimpinan baru Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Mesir di atas pelantikan kepimpinan baru ABIM Mesir.

Selaras dengan visi ABIM ‘Membina Dan Memimpin Tamadun Khayra Ummah’ ISMA Mesir berharap agar dapat menjalinkan hubungan baik dan erat dengan pihak ABIM Mesir atas prinsip kerjasama dan keterbukaan.

Sekali lagi ISMA Mesir mengucapkan syabas dan tahniah atas pelantikan tersebut dan mendoakan  kepimpinan baru ABIM Mesir dapat menjalankan tugas dengan cemerlang dan berkhidmat untuk ahli ABIM Mesir khususnya serta seluruh persatuan mahasiswa di Mesir amnya demi kebaikan bersama pada masa akan datang.

Comments

comments

ISMAMESIR