Pergaduhan Antara Warga Tempatan Di Abbasiyah

Wartawan: Ismail Muhammad Juffri

ABBASIYAH, 21 Mac: Suasana di jalan Bani Fahim, Abbasiyah kecoh dengan pergaduhan yang  melibatkan penduduk tempatan bermula kira-kira jam 4 petang tadi. Menurut Ahmad (bukan nama sebenar), mahasiswa Al-Azhar yang melihat kejadian tersebut ketika melaporkan kepada wartawan ISMA, pergaduhan tersebut sangat membahayakan penduduk-penduduk di situ kerana mereka menggunakan pistol, senapang, parang dan juga molotov.

Tambah beliau, akibat daripada pergaduhan itu, sebuah kedai terbakar dan beberapa orang yang terlibat cedera parah namun, tiada yang meninggal dunia.

Sehingga jam 6.30 petang tadi, pergaduhan tersebut masih lagi berlaku.

Semua mahasiswa dan mahasiswi khususnya yang menetap di Abbasiyah dinasihatkan agar tidak menghampiri kawasan berkenaan dan tidak keluar dari rumah masing-masing demi menjaga keselamatan.

Comments

comments

Comments are closed.