Tahniah Buat Pelantikan Organisasi PERUBATAN Yang Baru

 Tahniah Buat Pelantikan Organisasi PERUBATAN Yang Baru

Wartawan: Asyraf Kosnan

KAHERAH, 19 Mac: Pengerusi dan seluruh warga Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Mesir merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada barisan kepimpinan majlis tertinggi Persatuan Pelajar-Pelajar Perubatan Malaysia Mesir (PERUBATAN) di atas pelantikan struktur organisasinya yang baru pada 8 Mac baru-baru ini.

Organisasi baru tersebut telah diterajui oleh saudara Abdul Rahim bin Samad selaku Presiden Majlis Tertinggi PERUBATAN (MTP).

Sekali lagi ISMA Mesir mengucapkan syabas dan tahniah atas pelantikan tersebut dan berharap agar kerjasama yang erat dapat diraih bersama dengan pihak persatuan PERUBATAN khususnya serta seluruh persatuan mahasiswa di Mesir amnya demi kebaikan bersama pada masa akan datang.

Sumber: mediaPERUBATAN

Comments

comments

ISMAMESIR