Rumah Pelajar Dipecah Masuk Warga Tempatan

Wartawan: Asyraf Kosnan

SAYEDA ZAINAB, 15 Mac: Sebuah rumah seorang pelajar Malaysia yang sedang menuntut di sini telah dilaporkan mengalami kecurian lewat pagi semalam. Peristiwa berlaku ketika mangsa sedang menjalani sesi kuliah hariannya di kampus. Kerugian yang dilaporkan termasuklah kehilangan sebuah komputer riba milik mangsa.

Menurut laporan daripada pihak mangsa, kejadian tersebut berlaku sekitar antara jam 9.30 pagi hingga jam 11.00 pagi semalam. Perompak memberanikan diri untuk masuk ke rumah walaupun terdapat tiga orang ahli rumah tersebut yang sedang tidur di dalam bilik dan tidak sedar dengan kehadiran perompak tersebut.

“Suspek terbesar yang kami syaki ialah tukang pengutip sampah yang datang untuk mengutip sampah setiap minggu dari rumah ke rumah”, ulas mangsa yang enggan untuk dikenali namanya.

Mangsa merupakan pelajar tahun keempat fakulti perubatan di Universiti Kaherah, Mesir. Tiada sebarang kehilangan wang ringgit mahupun kecelakaan jiwa dilaporkan.

Dengan itu, ISMA Mesir berpesan dan berharap kepada semua mahasiswa Malaysia yang menetap di seluruh Mesir amnya agar mengambil langkah berjaga-jaga dan sentiasa awas dengan keselamatan masing-masing sungguhpun berada di dalam rumah pada masa akan datang.

Comments

comments

ISMAMESIR