TAKEMATACI Memupuk Semangat Perpaduan

Wartawan : Ahmad Yamin bin Yusof (Jurugambar: Muhammad Luqman)

MANSURAH, 14 Mac 2013: Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) cawangan Mansurah telah berjaya menjalankan forum ‘’TAKEMATACI‘’ (Tak Kenal Maka Tak Cinta) bertempat di Masjid Amin, Mansurah. Dengan bertemakan ‘dengarkan dari kami, sepertimana anda mendengar tentang kami’ majlis ini bermula dari jam 8.30 malam dan berakhir pada jam 10.45 malam.

Dengan dibarisi oleh beberapa ahli-ahli panel merangkap Majlis Tertinggi ISMA cawangan Mansurah iaitu saudara Shairawi Mohd. Noor dan saudari Siti Norasma’ Azahar, juga mantan JKP ISMA Mesir, Dr. Muhammad Irfan Mohd Salmi dengan ditemani moderator, saudara Muddassir Abdul Rahim.

Forum ini telah juga berjaya menarik seramai lebih kurang 100 orang mahasiswa dan mahasiswi Mansurah dari pelbagai latar belakang yang berbeza.

“Indahnya hidup sebuah perkongsian toleransi sesama muslim elakkan salah faham sesama kita dan sama-sama kita berganding bahu dalam mencapai redha Allah adalah perkara utama yang perlu sama-sama kita garabkan maka disana akan terlaksanalah kalam Allah, rabbul izzah “berlumba-lumbalah kamu dlm berbuat kebaikan-kebaikan (S. Baqarah 2:148) ” ujar saudara Zulhakimi Samsuddin selaku pengarah program kali ini.

Forum ini dijalankan dengan harapan supaya segala permasalahan dapat diselesaikan disamping dapat memperbaiki beberapa kekurangan-kekurangan yang ada agar dapat berganding bahu bersama membanteras arus jahiliyyah yang semakin menular mutakhir ini.

Comments

comments

ISMAMESIR