Dua Ahli ISMA Mansurah Berjaya Bergelar Doktor Perubatan

Wartawan: Mohd Khairil Alias (Jurugambar: Fawwaz)

MANSURAH, 9 Mac: Seluruh warga Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Mesir cawangan Mansurah mengucapkan jutaan tahniah buat Dr Ibrahim bin Zuleffendi dan Dr Abdul Hakim bin Mohd Hamsari atas kejayaan menamatkan pengajian dalam bidang perubatan jabatan konvensional di sini kelmarin.

Majlis graduasi yang bertempat di Paedatrics Conference Hall itu bermula jam 9 pagi dan berakhir pada pukul 2 petang.

Memetik ucapan Presiden Universiti, Profesor Al-Sayed Ahmed Abd El-Khalek, beliau berkata, “Anda semua perlu menjadi duta terbaik bagi menaikkan nama Universiti Mansurah di persada perubatan negara Malaysia. Anda semua  dialu-alukan untuk kembali semula ke Mansurah untuk menyambung pengajian dan jangan lupakan insan-insan di Mansurah yang banyak membantu seperti para doktor, professor dan rakan seperjuangan”.

“Kepada generasi-generasi seterusnya agar meneruskan perjuangan hingga ke akhirnya, dan berusaha untuk membina sahsiah dan pengetahuan terbaik sebagai bekalan ketika bekerja di Malaysia kelak”, pesan Dr Abdul Hakim bin Mohd Hamsari.

“Ikhlaskan niat, banyakkan berdoa, tingkatkan usaha, manfaatkan masa yang ada sebaik mungkin, cari sumber motivasi daripada kawan-kawan sekeliling, saling berpesan dan nasihat-menasihati”, tambah Dr Ibrahim bin Zuleffendi

Dengan itu, ISMA Mesir cawangan Mansurah berharap agar kejayaan kedua-dua ahli ISMA Mansurah ini dapat membakar semangat seluruh ahli ISMA Mansurah supaya dapat bersungguh-sungguh dalam pelajaran disamping dapat memberikan qudwah kepada masyarakat Mansurah amnya.

Comments

comments

Comments are closed.