JKP ISMA-Mesir Hadiri Mesyuarat Tahunan ISMA 2013

Wartawan: Syafiq Wan Hazmy

KAHERAH, 6 Mac: Pengerusi Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Mesir, Ustaz Shuhaib Ar-Rumy bin Selamat diiringi oleh Exco Media dan Penerangan ISMA Mesir, Huzaifah Bin Md Nor telah menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) ISMA kali ke-13 pada 23 Februari yang lepas.

AGM kali ini telah berlangsung di Auditorium Wisma Ungku Aziz, Petaling Jaya Selangor, dengan menyaksikan kehadiran lebih daripada 500 orang yang hadir terdiri daripada para perwakilan, ahli ISMA dari dalam dan luar negara, tetamu-tetamu undangan daripada wakil NGO tempatan serta wakil-wakil media.

Terdahulu, menurut Presiden ISMA, Ustaz Abdullah Zaik bin Abdul Rahman dalam ucapan dasarnya, AGM kali ini memilih tema ‘Memartabatkan Agenda Perjuangan Islam’ lantaran agenda perjuangan Islam yang semakin hari semakin lenyap daripada diperkatakan akibat terpengaruh dengan slogan-slogan dan tema-tema asing yang diadaptasi daripada ideologi import.

Dalam pada itu, AGM ISMA 2013 juga telah membentangkan laporan pelaksanaan aktiviti dan laporan kewangan ISMA sepanjang tahun 2011/2012. Pada majlis yang sama turut diadakan pemilihan serta pelantikan ahli jawatankuasa pusat ISMA yang baru bagi sesi 2013-2015.

Comments

comments

ISMAMESIR