Kalimah Allah Bukan Untuk Disalahguna

 Kalimah Allah Bukan Untuk Disalahguna

Wartawan: Meor Muhammad Azim

TANTA, 21 Februari: Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) cawangan Tanta dengan kerjasama Kelab Peguam Muda Mesir (KPMM), Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM) dan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) telah mengadakan forum isu Kalimah Allah: “Bukan Untuk Disalahguna!” yang di adakan di Masjid ar Rahmah, Awal Shuber, Tanta.

Program itu telah membariskan saudara Meor Muhammad Azim bin Meor Aznam (Exco KPMM) sebagai moderator dan empat orang ahli panel yang terdiri daripada Tuan Haji Rahim Sinwan (Exco PPMM), Tuan A. Karim Omar (Setiausaha Agung Persatuan MUAFAKAT) dan saudara Muhammad Firdaus bin Zalani (Exco KPMM dan ahli ISMA Mesir).

Forum ini bertujuan untuk memberi pendedahan mengenai isu semasa yang sedang hangat berlaku di Malaysia terutamatanya mengenai penggunaan isu kalimah Allah ini yang semakin membimbangkan serta menjawab segala persoalan-persoalan tentang pendirian seorang muslim dalam menghadapi golongan-golongan yang cuba membolehkan penggunaan kalimah Allah dalam kitab Bible versi Bahasa Melayu di Malaysia.

Kehadiran peserta seramai 80 orang mahasiswa dan mahasiswi yang terdiri daripada pelajar pengajian islam dan perubatan ini berakhir dengan sesi soal jawab oleh peserta dan sesi bergambar beramai-ramai.

Program bersiri tersebut kemudiannya bersambung di Dataran Hayy Asyir, Kaherah pada hari berikutnya.

Gambar program sila layari laman sosial facebook KPMM

Comments

comments

ISMAMESIR