Takziah Atas Pemergian Adel Mohd Noor

Wartawan : Amirul Ismail

MADINAH NASR, 3 Februari: Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Mesir merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Adel Mohd Noor atas pemergian allahyarham ke pangkuan Ilahi.

Allahyarham Adel Mohd Noor yang merupakan pelajar tahun empat pengajian perubatan Universiti Al-Azhar disahkan meninggal dunia di rumahnya sendiri di Gami’, Hayyu ‘Asyir. Hasil bedah siasat yang dilakukan di Hospital Zeinhom, Sayyeda Zainab kemudiannya mendapati bahawa arwah disyaki meninggal dunia akibat serangan jantung.

Jenazah Allahyarham telah disemadikan di Tanah Perkuburan Keledang, Hayyu ‘Asyir. Arwah sebelum ini telah beberapa hari tidak menghadirkan diri ke kelas dan sering mengadu sakit pada bahagian belakang serta perut.

Benarlah firman Allah S.W.T:

“Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam surga, maka sungguh ia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan.”  (Ali-Imran, ayat 185)

Kepada-Nya kita datang dan kepada-Nya jua kita dikembalikan. Semoga arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang soleh. Al-Fatihah.

Comments

comments

ISMAMESIR