ISMA Mansurah Menyemai Amalan Dakwah Jalanan

 ISMA Mansurah Menyemai Amalan Dakwah Jalanan

 

Wartawan : Aiman Mohamed (Jurugambar : Zul Azri) 

Mansurah, 21 Februari: Ikatan Muslimin Mesir (ISMA) cawangan Mansurah telah melancarkan kempen kafilah dakwah di sekitar kawasan Syaima’ dan Istad Gamaah dalam usaha untuk menyedarkan masyarakat tentang kepentingan solat berjemaah di masjid di samping mempromosikan Usrah Umum Mansurah. Program ini juga bertujuan untuk melatih ahli ISMA agar lebih berani dan berketrampilan .

Kempen tersebut yang telah disertai oleh hampir 20 orang peserta ini bermula dengan bacaan Al-Mathurat dan taklimat ringkas pada jam 5.20 petang di Pejabat ISMA Mansurah. Setelah pembahagian kumpulan dilakukan ,para peserta bergerak secara berkumpulan menuju ke rumah-rumah yang telah ditetapkan.

Kebanyakan warga Mansurah menyambut baik kunjungan tersebut dan menjadi harapan bagi para peserta semoga ‘Kafilah Dakwah’  ini akan diteruskan pada masa akan datang mengambil inspirasi dan iktibar bagaimana sukarnya Rasulullah menyampaikan dakwah baginda di setiap lorong rumah di Mekah.

Comments

comments

ISMAMESIR