Semai Kefahaman Islam Tulen, Tujuan Utama Dakwah ISMA

 Semai Kefahaman Islam Tulen, Tujuan Utama Dakwah ISMA

Wartawan:Ahmad Fuad Jamil (Jurugambar:Abdul Hakim Hamsari)

MANSURAH, 24 Februari: Ikatan Muslimin Malaysia Cawangan Mansurah berjaya menganjurkan program ijtima shahrie yang dihadiri oleh 40 orang ahli di sini.

Program bulanan kali ini mengketengahkan konsep melayu kampung dengan semua hadirin hadir dengan persalinan lengkap kain sarung, baju melayu dan songkok sebagai tema pakaian pada majlis ini.

Majlis dimulai dengan solat Maghrib berjemaah dan tahlil ringkas yang diketuai ustaz Ahmad Fuad bin Jamil seterusnya ucapan daripada Ustaz Assiddiq bin Fauzan wakil Majlis Tertinggi Kawasan dan wakil JKP pusat Ust Ikram Abu Hassan .

“Kita bukan sahaja ingin mentarbiah rakan-rakan kita mengikut program-program yang telah disusun, bahkan perlu untuk memahamkan mereka tentang kefahaman Islam yang sebenar seperti mana yang diajarkan oleh baginda Muhammad S.A.W. kepada generasi sahabat”,  ujar Ustaz Ikram dalam ucapannya.

Kemeriahan majlis diserikan dengan aktiviti persembahan oleh kumpulan-kumpulan yang dibahagikan mengikut rumah bermula dengan gabungan rumah Villa dan Darus Syabab, Beit Ettihad dan yang terakhir ialah gabungan pejabat dan Beit 87.

Selain itu, nasi ambang dan mi kari menjadi hidangan istimewa pada majlis kali ini. Dan sebelum bersurai, pihak majliss turut mengambil kesempatan untuk meraikan hari ulang tahun kelahiran beberapa orang hadirin yang jatuh pada bulan Febuari iaitu saudara Amin Razak, Muaz Mustapha, Azrul Azly dan Hanif Salleh.

Hadirin berharap agar majlis ini dapat mencipta memori ikatan ukhwah dalam kalangan hadirin.

Comments

comments

ISMAMESIR