Pembinaan Generasi Harapan Perlukan Pemimpin Berkualiti

 

Wartawan : Syafiq Wan Hazmy (Jurugambar : Ibrahim Mohd Azran)

MADINAH NASR, 23 Februari 2013 : Dibawah pengelolaan Biro Akademik dan Latihan ISMA-Mesir, Kursus Kepimpinan Pusat telah dijalankan. Kursus yang berbentuk bengkel tersebut dihadiri oleh sekurang-kurangnya 30 ahli jawatankuasa Majlis Tertinggi bagi cawangan Madinah Nasr, Abasiyyah dan Sayeda Zainab. Kursus tersebut bermula seawal jam 8.30 pagi hingga 6.30 petang dan bertempat di dewan Markaz ISMA-Mesir.

Objektif kursus tersebut adalah untuk melahirkan pemimin-pemimpin yang mampu mengetuai amal-amal dan perkembangan aktif dalam ISMA selain menanam peribadi kepimpinan itu sendiri. Kursus kepimpinan siri pertama itu memeperkenalkan kepada peserta-pesertanya Modul Proaktif, Modul Memaksimkumkan Kualiti Mesyuarat dan Modul Pengucapan Awam.

Kursus kepimpinan tersebut dibuka dengan Modul Produktif yang disampaikan oleh ketua Unit Latihan Muhammad Ad Bin Satiman. Modul ini memberi pendedahan kepada peserta untuk menjadi lebih proaktif dan sentiasa membawa perkembangan samada daripada sudut idea mahupun gerak kerja dalam setiap perkara.

Dalam pada itu, Modul Memaksimimkan Kualiti Mesyuarat telah dibentangkan oleh saudara Ahmad Munir Bin Basir. Modul ini menerangkan cara-cara praktikal bagi memaksimumkan setiap minit dalam seseuatu mesyuarat atau perbincangan. Aspek kualiti dalam sesuatu mesyuarat seperti yang diterangkan dalam modul ini adalah amat diperlukan bagi menjamin hasil amal yang jelas dan produktif.

Akhirnya, kursus tersebut melabuhkan tirainya dengan Modul Pengucapan Awam yang disampaikan oleh saudara Aiman Bin Zamani, ketua Unit Kajian Modul saudara Luqman Hakim Bin Khalid dan Presiden Kelab Orator dan Seni Puisi ISMA-Mesir. Teknik mengawal perasaan apabila memberi ucapan umum gemuruh, cara menyampaikan isi ucapan dengan kemas dan bernas serta cara-cara praktikal dalam menyampaikan pengucapan awam telah diperkenalkan oleh modul tersebut.

Pemimpin yang berkualiti adalah tulang belakang kepada masyarakat dan negara yang berprestasi tanpa meninggalkan setiap aspek dalam ajaran Islam. Hal ini merupakan antara tuntutan ISMA-Mesir dalam seruannya demi “Membina Generasi Harapan”.

Comments

comments

Comments are closed.