Rehlah Madinah Masr: Mengikat Hubungan Ahli

Wartawan: Hatta Hamzah

SUEZ, 22 Februari: “Tidak sempurna iman seseorang di antara kalian hingga ia mencintai untuk saudaranya segala apa yang ia cintai untuk dirinya sendiri berupa kebaikan”. Demi merealisasikan hasrat tersebut, ISMA Mesir cawangan Madinah Nasr telah menganjurkan program rehlah ukhawi yang telah berlangsung  di pantai Ain Sukhna, Suez  petang tadi.

Program yang melibatkan hampir keseluruhan ahli ISMA-Mesir cawangan Madinah Nasr diadakan dengan tujuan menguatkan kembali ikatan silaturrahim antara satu sama lain.

“Jikalau kebiasaannya, mungkin ada antara kita yang terlalu sibuk sehingga tak berkelapangan untuk menziarahi kawan-kawan kita di rumah. Jadi, ambillah peluang seluas-luasnya melalui rehlah ini untuk sama-sama kita kenali setiap orang dengan lebih mendalam dan kuatkan hubungan sesama kita”, ujar saudara Uzair Kamil, selaku pengarah program pada awal pembukaan majlis.

Rehlah kali ini memuatkan beberapa jenis permainan berkumpulan. Antaranya termasuklah Tuju’, ‘Bola Baling’ dan diakhiri dengan permainan tarik tali. Suasana jelasnya tidak lekang daripada sorakan, tawa ria, dan gurauan para peserta. Hal inilah yang menjadikan sesuatu hubungan itu  lebih seonok dan bermakna.

 “Kegembiraan ibarat semburan pewangi, pabila kita memakainya semua akan dapat merasa keharumannya. Oleh itu berikanlah walau secebis kegembiraan yang anda miliki itu kepada teman anda.”

Sebelum berakhir, semua yang hadir dijamu dengan hidangan BBQ khas daripada pihak penganjur. Semoga program yang dijalankan mampu menguatkan hubungan persaudaraan sesama ahli ke arah memacu pembangunan ISMA Mesir dalam segenap aspek pada masa akan datang.

Comments

comments

ISMAMESIR