Ijtima’ Syahrie: Menjana Kekuatan Muslimah

 Ijtima’ Syahrie: Menjana Kekuatan Muslimah

Wartawan: Nur Amalina Halil

 

MADINAT NASR, 22 Febuari: Bertemakan ‘Embracing Sisterhood For Muslimah Power’,  Ijtima’ Syahrie telah dijalankan di Dewan Jating, Hayyu Asyir. Menariknya program kali ini telah menggunakan Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab sebagai bahasa pengantar.

Pihak penganjur yang diketuai oleh saudari Nur Fatin Kamaluddin telah menggariskan beberapa objektif yang ingin dicapai iaitu menguatkan hubungan dan menekankan kepentingan aspek kewanitaan dalam kalangan mahasiswi. Kemudian, majlis dikejutkan dengan sambutan hari lahir mahasiswi bagi bulan Febuari. Majlis juga diserikan dengan persembahan sketsa yanag menarik dari Beyt Zulfa.

Slot Tips Pengurusan Kewangan yang disampaikan oleh saudari Dewi  Farah Ruhida Kamarudin telah berjaya menarik minat mahasiswi berkenaan cara-cara mengendalikan wang dengan lebih tersusun beserta bengkel. Antara tips menarik, hendaklah membelanjakan wang kurang dari pendapatan dan melunaskan segala hutang-piutang sebelum berbelanja.

Seterusnya, pengucapan awam telah disampaikan oleh saudari Hidayah Mohammad Khalis dengan tajuknya  Abu Darda’ and Salman Al-Farisi dalam Bahasa Inggeris.

Slot bersama JKP ISMA-Mesir kali ini telah ditemukan dengan saudari Siti Sarah Amran, Timbalan Ketua Wanita ISMA-Mesir. Antara isi ucapan beliau adalah berkisar tentang biah rumah.

“Sesebuah rumah Muslim itu bukanlah dikatakan dengan menampal-nampal poster berbentuk Islam di dinding, tetapi rumah Muslim itu adalah bergantung kepada penghuninya dan sejauh mana dia mengamalkan Islam di dalam rumah tersebut”, ujar beliau.

Beliau juga menekankan aspek keseimbangan dari segala aspek tidak kira dari sudut dakwah, tarbiyyah mahupun akademik. Sebelum Ijtima’ Syahrie kali ini melabuhkan tirainya, minggu Bahasa Arab telah dilancarkan oleh MUIS dengan tayangan sebuah video.

Comments

comments

ISMAMESIR