Ijtima’ Syahri : Realiti Cabaran Musuh Islam Kini

 Ijtima’ Syahri : Realiti Cabaran Musuh Islam Kini

Wartawan: Adila Syazwan

SAYEDA ZAINAB, 22 Februari: ”Islam adalah agama yang syumul dan Allah yang melengkapkan Islam untuk umat manusia. Pengetahuan tentang agama Islam yang sebenar penting bagi setiap orang agar mereka sedar ancaman musuh-musuh Islam yang semakin menular masuk secara halus dari pelbagai sudut,” ucap wakil Jawatan Kuasa Pusat ISMA-Mesir, Ustazah Khairah Abdul Halim dalam program Ijtima’ Syahri bulan ini.

Ijtima’ Syahri yang dijalankan setiap bulan bagi setiap cawangan ini bertujuan untuk mengumpulkan mahasiswi bagi mengeratkan lagi ukhuwwah dan memberi semangat untuk semua mahasiswi bergerak sebagai satu cawangan.

‘Speaking stage’ anjuran Biro Akademik cawangan diteruskan oleh saudari Atiqah Syed. Topik yang disampaikan ialah bagaimanakah cara untuk menangani stress. Tazkirah juga disampaikan mengenai senyuman Rasulullah sepanjang hayat baginda.

Ijtima’ Syahri dimulakan dengan permainan frisbee dan diakhiri dengan gotong-royong membantu perpindahan ahli rumah Nada.

 

Comments

comments

ISMAMESIR