Ain Sukhna Menjadi Saksi Bersama

Wartawan: Saiful Hafizi Johari

AIN SUKHNA, 22 Februari: Mengimani kekuatan ukhuwah adalah antara kekuatan yang paling ampuh selepas kekuatan akidah, ISMA Sayeda Zainab telah mengambil inisiatif untuk melaksanakan program Rehlah ISMA Sayeda Zainab.

Program ini diadakan untuk meraikan ahli-ahli yang baru sahaja menamatkan pelajaran perubatan di Universiti Kaherah disamping menjadi medium perkongsian diantara peserta yang hadir. Dan tidak ketinggalan rehlah kali ini turut mendapat penyertaan daripada Iskandariah juga.

Rehlah yang berjalan selama satu hari dua malam ini bermula dengan sesi pembentangan bertopik iaitu Speaking Stage: Stress oleh saudara Ihsan Roslan, pelajar perubatan tahun enam Universiti Kaherah di Markaz Sayeda Zainab dan kemudian disambung dengan aktiviti pantai di Ain Sukhna.

Peserta dibahagikan kepada empat kumpulan, Mitosis, Yang Menang Tadi, Superstar dan juga kumpulan O-Eh.

Antara aktiviti dalam rehlah kali ini seperti Qiam Jamaie, merewang, Caterpillar War, Bom Air, Tangan Kudung dan Baling Selipar. Lebih menarik lagi, terdapat juga sesi Sharing Session daripada graduan-graduan yang bakal pulang dan berkhidmat sebagai doktor di Malaysia kelak.

“Semoga ukhuwah islamiah yang terbina kekal mekar di dalam hati kita, dan saling menguatkan para duat dalam perjuangan mengangkat agama Allah di atas muka bumi ini Insyallah”, ucap saudara Amerdad Dzulkifli selaku pengarah program apabila ditanya tentang harapan beliau terhadap program ini.

Secara keseluruhannya, rehlah pada kali menjanjikan seribu satu kenangan yang mampu menjadi penguat kepada para peserta untuk istiqamah dan bersungguh di jalan dakwah ini sekali gus melahirkan mahasiswa yang berwawasan dan berkualiti.

Comments

comments

ISMAMESIR