Mahasiswi Sayeda Zainab Menyahut Kepentingan Syariah Dalam Perubatan

Wartawan: Zainun Nadhirah Abdul Nasir (Jurugambar: Nur Aisyah Mohd Idrus)


SAYEDA ZAINAB, 18 Februari: “Tujuan utama MUIS (Majlis Ulama ISMA) mengadakan kelas bermodul adalah untuk mengajar asas syariah islamiah kepada pelajar-pelajar jurusan perubatan di Mesir.”

Begitulah objektif yang diucapkan oleh saudari Madiha Ahmad, pelajar lepasan Syariah Islamiah Universiti Al-Azhar. Beliau merupakan penceramah yang dijemput untuk menyampaikan kelas bermodul ini.

“Syariah asasnya ialah wahyu Allah SWT. Kanun manusia pula asasnya daripada manusia. Syariah boleh diaplikasikan bila-bila masa dan tidak kira tempat manakala kanun hanyalah seruan manusia pada waktu dan tempat yang terhad,” jelas beliau semasa membincangkan buku Pengenalan Syariah Islamiah karangan Syeikh Al-Qardhawi.

Kelas bermodul anjuran ISMA Mesir merupakan program berkala yang diadakan sebulan sekali khusus buat para mahasiswi perubatan di Sayeda Zainab.

Kelas bermodul ini juga disertakan dengan pembentangan i-Medik berjudul Gout yang disampaikan oleh saudari Mahfuzah Abdul Halim, pelajar perubatan tahun 6 Universiti Kaherah.

Comments

comments

ISMAMESIR