Mansurah Melawan Arus Sambutan Hari Kekasih

Wartawan: Ahmad Akmal Aziz (Jurugambar: Muhammad Luqman)

MANSURAH, 14 Februari: ISMA Mesir cawangan Mansurah menganjurkan program Bila Baju Melayu Bertemu Baju Kurung dengan menjemput semua pelajar di Mansurah sama ada perubatan, farmasi, pergigian mahupun pengajian islam selari dengan objektif program.

Program yang berlangsung selama 2 jam setengah, bertempat di Masjid Al-Amin telah berlangsung pada jam lapan malam dan dihadiri oleh 120 orang pelajar dalam pelbagai jurusan. Ahli panel terdiri daripada Ustaz Syed Ahmad Israa’ Syed Ibrahim dan isterinya Saudari Siti Sarah Amran yang dijemput khas dari Kaherah.

Dua objektif utama program yang dijelaskan oleh saudara Syed Ahmad Israa’,Tahun 4 Syariah Islamiah Al-Azhar ialah memberi kesedaran pada pelajar Mansurah tentang isu-isu ikhtilat dan memberi jalan penyelesaian secara praktikal.

Forum yang berlangsung menjadi lebih hangat apabila sesi soal jawab mula diutarakan. Ahli panel forum telah memberi penjelasan yang bernas selari dengan kefahaman pemasalahan isu ikhtilat kepada hadirin yang hadir ke program berkenaan.

“Semoga program ini menjadi salah satu usaha kecil bagi memberi kesedaran tentang masalah dan bahayanya isu ikhtilat yang kian membimbangkan serta memberi jalan penyelesaian alternatif pada mahasiswa di Mesir, khususnya di Mansurah,” ujar saudara Khairi Aiman selaku pengarah program.

Gambar program boleh layari laman sosial facebook ISMA Mesir.

Comments

comments

Comments are closed.