Takemataci Menzahirkan Keterbukaan ISMA Mesir

Wartawan: Adila Syazwan

SAYEDA ZAINAB, 13 Februari: Bertempat di Masjid Hasyimiah, ISMA-Mesir cawangan Sayeda Zainab  menganjurkan program Tak Kenal Maka Tak Cinta (TAKEMATACI) dengan menjemput semua wakil-wakil persatuan di Sayeda Zainab iaitu PERUBATAN, IKRAM dan HALUAN selari dengan objektif program.

Tiga objektif utama program yang dijelaskan oleh saudara Muhammad Amer Dad Zulkifli, wakil Unit Pengkaderan cawangan Sayeda Zainab ialah memperkenalkan ISMA dengan lebih dekat kepada masyarakat, berbincang dengan masyarakat dan menjawab kekeliruan yang wujud terhadap ISMA serta membudayakan keterbukaan ISMA untuk berbincang dengan sesiapa sahaja.

Forum yang berlangsung menjadi lebih hangat apabila sesi soal jawab mula diutarakan. Panel-panel forum iaitu Ustaz Syamil Mohd Esa, Dr Isa Mohd Hasan dan Dr Syafaf Jumiran telah memberi penjelasan yang bernas selari dengan agenda yang dibawa ISMA.

” Semoga program ini menjadi titik tolak bagi semua mahasiswa agar dapat mengenali ISMA dengan lebih dekat dan sama-sama mewujudkan suasana yang lebih terbuka untuk berbincang dan saling bertukar pandangan tanpa mengabaikan nilai-nilai Islami yang sentiasa menjadi pegangan mahasiswa di Mesir, khususnya di Sayeda Zainab,” ujar saudara Ahmad Munir Basir selaku pengarah program.

Comments

comments

Comments are closed.