Kelahiran Huda Bt Muhammad Hilmi Menyerikan Sayeda Zainab

Wartawan: Nur Shaymak Abdullah

SAYEDA ZAINAB, 12 Februari: Mujahidah sulung bagi pasangan Muhammad Hilmi Husman dan Raihanah Suparman telah selamat dilahirkan pada 5 Februari 2013 bersamaan 24 Rabiulawal 1434. Cahaya mata yang disambut pada jam 9 malam di Hospital Muhammad Ali Badwi ini berada dalam keadaan sihat seberat 3kg ketika dilahirkan.

Huda Hilmi, nama indah yang menjadi seindah harapan ibubapanya agar membesar sebagai seorang yang mampu menyumbang yang terbaik buat ummah pada hari mendatang.

Seluruh warga ISMA-Mesir amat bersyukur dan bergembira dengan kurniaan ini. Moga Allah memberi keberkatan kepadamu dengan anugerah anak ini dan hendaklah kamu bersyukur kepada-Nya. Semoga anak ini mencapai umur dewasa dan kamu memperoleh kebaktiannya.

Comments

comments

Comments are closed.