‘Taman Hati’ Berjaya Membina Pengetahuan Dan Skil Kewanitaan

Wartawan: Zainon Nadhirah Mohd Nasir ( Jurugambar: Nur Aisyah Mohd Idrus)


SAYEDA ZAINAB, 9 Februari: Taman Hati adalah sebuah program yang mengandungi pelbagai aktiviti menarik khas buat para mahasiswi yang mendiami Sayeda Zainab.

Terdapat tiga aktiviti utama di dalamnya yang merangkumi sirah sahabiah, fiqh wanita, skil-skil kewanitaan dan rumahtangga.

Program yang julung-julung diadakan ini mendapat sambutan baik dalam kalangan mahasiswi Perubatan Universiti Kaherah. Taman Hati pada minggu ini telah menampilkan kisah sahabiah Khadijah bt Khuwailid, fiqh wanita dalam pandangan ajnabi dan skil gubahan kotak dan beg.

“Saidatina Khadijah merupakan isteri Nabi SAW yang paling mendapat tempat di hati Baginda. Semestinya kita mahu mencontohi beliau yang sangat bertuah ini,” kata Aida Farhana, salah seorang peserta program.

“Wanita solehah seboleh-bolehnya perlu menundukkan pandangannya daripada melihat ajnabi. Hanya dibolehkan dalam beberapa syarat seperti dalam mahkamah dan sebagainya,” jelas saudari Maryam Syakirah Zulfaqar, tahun tiga Syariah Islamiah, Universiti Al-Azhar.

Beliau menggunakan Almufassil Ahkam Mar’ah wa Bayt Muslim fi Syariah Islamiah yang ditulis oleh Abdul Karim Zaidan sebagai rujukan.

Taman Hati adalah program berkala yang diadakan pada jam 9 pagi setiap Sabtu bertempat di Beit Khaulah.

 

Comments

comments

Comments are closed.