Mayat Dijumpai Di Susur Masuk Bandar Iskandariah

Wartawan: Asyraf Kosnan

ISKANDARIAH, 31 Januari: Pegawai Bahagian Siasatan Jenayah, Jabatan Keselamatan Iskandariah telah menemui seorang mayat lengkap berpakaian di tepi jalan susur masuk ke bandar tersebut.

Pihak polis pula telah mendapati beberapa dokumen pengenalan ketika mayat dijumpai. Pemeriksaan keatas mayat tersebut mendapati mangsa berumur dalam lingkungan 40-an telah ditemui terbaring di lokasi kejadian.

Hasil siasatan mendapati beberapa kesan tikaman dan luka pada bahagian dada, leher dan tapak tangan kanan mangsa. Bukti jenayah telah dilaporkan kepada pihak berkuasa bagi membantu siasatan lanjut.

Sumber: Al Masr Al Youm

Comments

comments

Comments are closed.