Ijtima Syahri Gabungan : Mengikat Tautan Ukhuwwah

Wartawan : Adila Syazwan

RA’SU SIDR, 29 Januari: Rehlah yang bertempat di Ain Kibritiyy, Ra’su Sidr menggabungkan mahasiswi ISMA Mesir cawangan Sayeda Zainab dan Tanta merapatkan lagi ukhuwwah dalam kalangan mahasiswi sama ada dalam cawangan atau berlainan cawangan serta mempertaut semula hubungan dengan mahasiswi qudama’ yang telah lama bergiat sejak bermulanya penubuhan cawangan.

Memori indah dibina sepanjang perjalanan. ‘BBQ’ dan permainan di tepi pantai Ra’su Sidr dan di kolam air panas merapatkan lagi hubungan antara mahasiswi. Perkongsian pengalaman dari mahasiswi qudama’ yang akan pulang ke tanah air tidak lama lagi menjadi bekalan untuk meneruskan jalan dakwah dan tarbiyah.

”Kami telah memulakan usaha dakwah dari jumlah yang kecil, jadi kami sangat berharap akhawat dapat meneruskan jalan dakwah ini dengan pandangan yang positif tanpa menoleh ke belakang,” ujar saudari Syafaf Jumiran. Ukhuwwah antara ahli rumah perlu dijaga, menghidupkan suasana baik dalam rumah serta menjaga amalan fardhi juga menjadi pesanan mereka. 

”Semoga perkongsian yang diberikan oleh akhawat yang bakal meninggalkan bumi mesir menjadi pembakar semangat buat generasi yang ditinggalkan untuk terus bekerja dan meneruskan amal serta melahirkan lebih ramai lagi pelapis dakwah di Sayeda Zainab dan Tanta khususnya dan di bumi Mesir amnya,” ucap saudari Zaidatul Husna Mohamad Noor, selaku pengarah program sebagai penutup.

Comments

comments

ISMAMESIR