Rakyat Bantah Perintah Berkurung, Pembangkang Tolak Dialog Nasional

Wartawan : Wan Ahmad Syafiq

TERUSAN SUEZ, 28 Januari 2013: Ribuan penunjuk perasaan membanjiri jalan-jalan di Terusan Suez, Port Said dan Ismailiah sebagai bantahan terhadap perintah berkurung dan darurat di situ yang diisytiharkan oleh Presiden Mohamed Morsi pada Ahad yang lalu setelah tiga hari pergolakan yang mengorbankan nyawa. Kedengaran orang ramai melaungkan slogan “Turun dengan Mohamed Morsi, Turun dengan Darurat” di tiga buah bandar tersebut.

Pergolakan lima hari itu melaporkan sekurang-kurangnya 50 kes kematian selain pihak polis terpaksa bertempur dengan orang ramai terutamanya di Kaherah dan Terusan Suez, yang menyaksikan cubaan gagal ratusan banduan yang cuba melarikan diri daripada penjara.

Manakala, sekurang-kurangnya dua orang terbunuh dalam pertempuran pada hari Isnin di Port Said. Namun pada Isnin yang lepas dilaporkan pihak tentera di Port Said tidak lagi menguatkuasakan perintah berkurung dan darurat malah membenarkan penunjuk perasaan untuk bergambar dengan kereta kebal mereka.

Tolak Dialog Nasional

Dalam pada itu, parti pembangkang menolak jemputan Presiden Morsi untuk sesi dialog nasional dengan mendakwa bahawa cadangan tersebut bukanlah yang pertama kalinya dan hanya akan menerimanya dengan baik pada masa hadapan jika beberapa syarat dipatuhi; pertubuhan kerajaan atas perpaduan nasional dan pindaan perlembagaan.

Dialog nasional tersebut adalah bertujuan bagi menyelasaikan krisis politik antara kerajaan dan parti pembangkang, namun Barisan Penyelamat Nasional, gugusan utama parti pembangkang di Mesir yang juga menolaknya pada pergolakan di Mesir tahun lepas dengan menyatakan panggilan Morsi itu hanyalah sebagai solusi tampalan dan bukanlah solusi yang kukuh, dakwa Mohamed El-Baradei, ahli penyelaras  Barisan Penyelamat Nasional.

Morsi yang dikatakan perampas kuasa oleh pihak lawan digesa untuk bertanggungjawab atas pertumpahan darah yang berlaku sekali gus membentuk kerajaan berasaskan keselamatan nasional.

Comments

comments

Comments are closed.