Ijtima’ Syahrie: Biah Intipati Tarbiah

Wartawan: Nur Amalina Halil

MADINAH NASR, 25 Januari: Setelah melalui peperiksaan semester pertama, Ijtima’ Syahri telah membuka tirai semester kedua. Menariknya program kali ini telah diserikan dengan kedatangan mahasisiwi dari Jordan.

Program yang telah diadakan di Hadiqah Dauliyyah ini dimulakan dengan alunan bacaan Al-Quran oleh saudari Asma’ Ahmad Zaharuddin beserta terjemahan oleh saudari Siti Nur Deena Abdul Rahman. Kemudian, sesi perkenalan antara mahasiswi Mesir dan Jordan diteruskan.

Bersempena Maulidur Rasul, Slot Speaking Stage kali ini telah membawa ‘Puisi Cinta Buat Lelaki Bernama Muhammad’yang dideklamasikan oleh saudari Siti Khairanie Amran.

Program diteruskan dengan slot HELWA yang dikendalikan oleh saudari Noor Husna Abu Khair. Mahasisiwi telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk membuat gubahan yang menarik.

Slot I-Medik pula dikendalikan oleh saudari Nurul Sakinah Azmi yang telah melancarkan program ‘Doktor Angkat’ bagi setiap rumah. Program tersebut bertujuan memantau kesihatan setiap mahasiswi secara berkala.

Persembahan dari Beyt Nahdoh memeriahkan lagi program dengan dendangan nasyid puji-pujian ke atas Rasulullah SAW berserta melukis rumah idaman tanpa melihat.

Kemudian, pengisian rohani dari saudari Nafisah Abdul Rahim telah menyentuh berkaitan ‘Biah Rumah Akhawat’. “Setiap akhawat mempunyai tanggungjawab terhadap rumah untuk mengekalkan biah solehah di dalamnya, walau sesibuk mana sekalipun, hak rumah jangan diabaikan”.

Sesi bergambar bersama telah diadakan sebelum mahasisiwi Jordan berangkat untuk menziarahi mahasiswi di Abbasiyyah. Slot seterusnya, slot bersama JKP ISMA-Mesir yang telah diwakili oleh saudari Khairah Abdul Halim. Beliau menekankan kepentingan amal fardi dan hubungan yang kuat dengan Allah. “Amal kita bergantung kuat dengan bagaimana pentarbiyyahan diri kita. Jika amal seseorang tersebut bagus lihatlah pada pentarbiyyahannya dan begitulah sebaliknya”.

Pengarah Ijtima’ Syahrie, saudari Nor Habibah Anuar mengharapkan agar mahasisiwi terus bersemangat dalam pelajaran, tarbiyyah dan dakwah untuk fasa baru ini.

Comments

comments

Comments are closed.