Tragedi Port Said Februari 2012, 21 Hukuman Mati

Wartawan : Wan Ahmad Syafiq

KAHERAH, 27 Januari: Berikutan tragedi pergaduhan berdarah antara penyokong persatuan bola sepak Mesir Al-Masry dan Al-Ahly pada 1 Februari 2012 yang meragut 74 nyawa, Hakim Sobhi Abdel-Maguid menjatuhkan hukuman mati terhadap 21 defendan daripada 73 yang tertuduh. Fail 52 defendan selebihnya termasuk 9 pegawai keselamatan akan dibicarakan pada 9 Mac nanti.

Lanjutan keputusan tersebut anggota keluarga para defendan bertindak menyerbu penjara berkenaan di Port Said yang memaksa pihak polis menggunakan gas pemedih mata bagi meleraikan suasana. Sekurang-kurangnya 32 orang termasuk 2 anggota polis terkorban dalam rusuhan tersebut.

“Pasukan anggota tentera juga telah dihantar ke situ bagi memelihara keamanan, keselamatan dan kestabilan rakyat umum” kata General Ahmed Wasfi. Perintah berkurung telah dijalankan di kawasan sekitar penjara berkenaan.

Manakala sebaliknya berlaku di dalam mahkamah apabila ahli keluarga mangsa bersorak kegembiraan sambil menjunjung gambar-gambar mangsa. Penyokong-penyokong Al-Ahly turut meraikan keputusan mahkamah itu. Di samping itu, keputusan tersebut dijangka dapat meleraikan kekecohan yang dilakukan oleh penyokong tegar Al-Ahly yang bertindak menyekat lalu lintas, jambatan dan Stesen Metro Kaherah, selain menolak ancaman “Keadilan atau Darah” yang akan mencetuskan lebih banyak kakacauan.

Dalam pada itu Presiden Mohamed Morsi telah menjemput pihak pembangkang untuk sesi diolog bagi mencari jalan penyelesaian terhadap kemelut yang melanda Mesir hari ini.

Sumber : Al-Jazeera 

Comments

comments

Comments are closed.