ISMA Iskandariah Kupas Hakikat Syiah

Wartawan: Shazwan Shukri (Jurugambar: Aiman Azman)

ISKANDARIAH, 10 Disember: Kira-kira lebih 300 orang mahasiswa sekitar Iskandariah telah hadir ke forum Hakikat Syiah yang bertempat di Masjid Nour Islam, Camp Caesar, Iskandariah. Program ini bertujuan untuk memberikan kesedaran terhadap isu bahaya syiah yang semakin membimbangkan serta menjawab persoalan-persoalan tentang pendirian umat Islam kepada golongan syiah dalam konteks antarabangsa umumnya dan Malaysia khususnya.

Forum tersebut telah menampilkan Ustaz Muhammad Assidiq Fauzan mahasiswa jurusan Usuludin dan Ustaz Ahmad Solehhuddin Ismail sebagai ahli panel manakala saudara Nur Syafirul Asmadi sebagai moderator. Program turut diserikan dengan kehadiran wakil Aman Palestin Mesir dan Rakan ISMA Mesir.

“Isu syiah adalah isu bersama umat Islam secara keseluruhannya. Setiap gerakan dan persatuan perlu bersatu memperjuangkan isu ini dan mengetepikan perbezaan pendapat demi memperjuangkan isu aqidah”, jelas Ustaz Assiddiq.

Pihak Aman Palestin turut menyediakan ruang pameran mengenai Palestin dan turut membuat jualan amal untuk tabung Palestin. Aman Palestin juga berjaya mengedarkan borang sukarelawan Aman Palestin kepada para hadirin manakala pihak Rakan ISMA Mesir telah memberi penerangan tentang pengenalan dan membuka keahliannya kepada para mahasiswa yang hadir.

Tambahan pula, Ustaz Solehuddin turut menyatakan,“Isu syiah adalah bukan isu mazhab, tetapi isu aqidah yang membimbangkan dan sangat jelas tersasar daripada aqidah Islam yang sebenar.”

Program ini telah disusun sebagai usaha ISMA Mesir yang komited dalam menanam benih-benih sensitiviti dalam diri pelajar Islam terhadap isu aqidah sejagat.

Comments

comments

Comments are closed.