Ijtima’ Syahri November

Wartawan: Nur Amalina Halil

Madinat Nasr, 25 November: Perkumpulan bulanan pada kali ini yang diadakan di Markas Akhawat ISMA-Mesir, Hayyu Sabie’ adalah bertemakan ‘Wardatul Shaukah’. Majlis telah dipengerusikan oleh saudari Nurul Hafizah Rashid dan saudari Wan Nur Hazlia Wan Azri. Sepanjang majlis berlangsung, mereka telah berkongsi kisah Istisyhadiah (Wanita Syahid) seperti As-syahidah Reem Solah Ar-Rayashi, Dareen dan Wafa’.

Majlis diteruskan dengan aktiviti speaking stage yang bertajuk Pembebasan Jiwa  oleh saudari Abiidah Fadzlan Shaidi. Sesi Hal Ehwal Wanita (HELWA) kemudiannya telah  disampaikan oleh saudari Nur Fatin Kamaluddin tentang Emosi & Wanita.

Lebih menarik lagi, majlis diserikan dengan kehadiran tetamu dari Malaysia, Dr. Rosni yang berkongsi tentang ‘Emotional Intelligence’. “Orang Islam memiliki Emotional Intelligence atau Spiritual Intelligence yang tinggi berbanding agama lain, buktinya seperti sifat sabar”.

Majlis dihiburkan dengan persembahan nasyid Intifadha Palestin dari Beyt Hanan. Majlis diteruskan dengan perkongsian tentang langkah keselamatan oleh saudari Shafiah Solehah Ismail.

I-Medik cawangan Madinat Nasr juga mengambil kesempatan menerangkan tentang langkah-langkah keselamatan (First Aid) seperti Cardiopulmonary resuscitation (CPR) dan mengatasi masalah terseliuh.

Sesi perkongsian dari wakil Jawatankuasa Pusat ISMA-Mesir, Ustaz Shuhaib Ar-Rumy Selamat  mengakhiri majlis kali ini. “Ambilah pengajaran dari isu Gaza, kekuatan mereka (HAMAS) bukan terletak pada senjata tetapi kekuatan jiwa.  Kesyahidan mereka adalah untuk kita ambil iktibar dari sejarah hidup mereka”.

Comments

comments

Comments are closed.