ISMA Mesir Hadiri Majlis Mesra Bersama Perdana Menteri

Wartawan: Muhammad Hatta bin Hamzah

MADINAH NASR, 23 Januari: Bersempena kedatangan Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato’ Seri Mohamed Najib Tun Razak ke bumi Mesir, satu program ramah mesra telah diadakan bersama rakyat dan pelajar Malaysia di sini. Bertempat di Hotel Intercontinental, Kaherah, Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Mesir yang diwakili oleh ahli jawatankuasa pusat (JKP) beserta beberapa orang ahli telah dijemput bersama-sama dengan wakil rumah negeri dan para pelajar tajaan Jabatan Perkhidmatan Awan (JPA), Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan Medic Mesir.

Ketika berucap, beliau telah menekankan kepentingan seluruh mahasiswa Malaysia khususnya di Mesir sendiri agar sentiasa bersikap matang dan terbuka dalam mendepani segala isu yang timbul dewasa ini. Pada masa yang sama, para pelajar juga diingatkan agar sentiasa berusaha bersungguh-sungguh untuk meningkatkan serta mengekalkan kecemerlangan dalam bidang akademik dan segala lapangan yang diceburi.

Majlis sedemikian telah diadakan susulan daripada lawatan rasmi beliau ke Gaza baru-baru ini. ISMA Mesir sangat menyambut baik kedatangan YAB Dato’ Seri Najib ke bumi Mesir.

Lagi gambar boleh layari laman sosial facebook ISMA Mesir.

Comments

comments

ISMAMESIR