Majlis Wida’ Siswi Graduan Perubatan Universiti Iskandariah

Wartawan: Liyana Sulaiman

ISKANDARIAH, 28 November 2012:  Mahasiswi ISMA Mesir cawangan Iskandariah telah mengadakan Majlis Perpisahan bagi meraikan kepulangan  enam  graduan Universiti Iskandariah. Mereka adalah saudari Nur Hidatul Husna Ruslan, saudari Nurul Nazihah Mohd Nor, saudari Nur Hidayah Abd. Latif, saudari Nurul Nadiah Norudin, saudari  Nur Shuhaini  Ahmad Shuhaili dan saudari Maizatul Akhmal Hushin.

Majlis dimulakan dengan pengisian oleh saudari Nur Hidatul Husna, mantan Ketua Cawangan Iskandariah yang  juga merupakan salah seorang pelajar berpangkat Mumtaz.  Beliau menekankan peri pentingnya seorang pelajar  yang mengikut tarbiyah agar mempunyai pembahagian masa yang rapi bagi memastikan setiap masa diisi dengan perkara yang berfaedah.

Majlis yang bertempat di Beit Hikmah ini diserikan lagi dengan persembahan sajak dan nasyid sebagai tanda penghargaan dan ingatan kepada mereka. Pesanan dari setiap siswi yang akan pulang merupakan sesi yang dinantikan- nantikan oleh hadirin.

Setelah enam tahun memerah keringat, mengeluarkan usaha yang tinggi dalam menuntut ilmu perubatan, maka  sudah tiba masanya untuk mereka berbakti di medan sebenar di tanah air. Majlis diakhiri dengan tayangan video dan sesi bergambar.

 

Comments

comments

ISMAMESIR