Takziah Atas Pemergian Ustaz Rosni bin Ali

(Wartawan: Ahmad Fahmi Abdullah)

Madinah Nasr, 26 Disember: ISMA Mesir mengucapkan setinggi-tinggi  takziah atas pemergian Ustaz Rosni bin Ali, KAT Akademik di Pejabat Education Malaysia Egypt (EME) pukul 1.30 pm tadi, waktu Mesir.Allahyarham disahkan meninggal dunia di Hospital Rab’ah, Madinah Nasr petang tadi selepas di masukkan ke dalam wad beberapa hari sebelum itu selepas mengalami batuk-batuk, sakit tekak dan sesak nafas.

Allahyarham sangat dikenali oleh pelajar-pelajar di Mesir kerana tugas beliau menterjemah slip keputusan dan pengesahan universiti semua pelajar di Mesir. Ditambah pula Allahyarham sentiasa dilihat tersenyum ketika melayani karenah pelajar di sini menyebabkan allahyarham disenangi oleh semua pelajar yang berurusan dengan beliau.

Semoga setiap jasa, bakti dan tenaga yang dicurahkan kepada Mahasiswa mahasiswi di sini (Mesir) dibalas oleh Allah dengan ganjaran yang berlipat kali ganda. Al-Fatihah.

Comments

comments

ISMAMESIR