Takziah Buat Keluarga Akram Zaki

Gambar ketika Allahyarham sakit dan dimasukkan ke wad ICU.

(Wartawan: Ahmad Fahmi Abdullah)

MADINAH NASR, 3 Disember : ISMA Mesir merakamkan setinggi-tinggi takziah kepada keluarga Allahyarham Muhammad Akram Zaki atas pemergian Allahyarham ke pangkuan ilahi.

Allahyarham Akram Zaki disahkan meninggal dunia petang semalam di Hospital Hussen disyaki akibat jangkitan otak. Allahyarham akan dikebumikan di Mesir dalam masa terdekat.

Beliau yang sebelum ini dimasukkan ke wad penjagaan rapi (ICU) beberapa hari sebelum itu kerana didapati koma. Allahyarham merupakan pelajar tahun satu pengajian Ulum Islamiyah Universiti Al-Azhar.

Semoga arwah ditempatkan bersama-sama orang yang soleh dan dicucuri rahmat. Al-Fatihah.

 

 

 

Comments

comments

Comments are closed.