Ukhuwwah Sesama Ahli Terjalin Erat

Wartawan : Aiman Zainal (Jurufoto : Huzaifah Ibrahim)

ISKANDARIAH, 25 November: Berobjektifkan ukhuwah Islamiah, ISMA Mesir Cawangan Iskandariah komited dan konsisten dalam pembentukan jati diri ahli telah mengadakan perjumpaan bulanan bersama seluruh ahli-ahli siswa atau dikenali dengan nama Ijtima’ Syahri.

Perjumpaan kali ini telah dihadiri oleh lebih daripada 20 orang yang terdiri daripada ahli ISMA Mesir dari pelbagai bidang pengajian. Turut hadir pada perjumpaan kali ini adalah wakil daripada Jawatankuasa Pusat ISMA Mesir iaitu Ustaz Qamarul Naim Mohd Faizal, Ustaz Syed Ahmad Israa Syed Ibrahim dan Ustaz Nik Rafie Nik Zainal Alam.

Ustaz Qamarul dalam ucapannya mengingatkan ahli ISMA agar terus mengajak dan menggalakkan mahasiswa yang berada di Mesir supaya berpegang teguh pada ajaran agama yang suci ini dan menghayati intipatinya supaya generasi muda yang bakal meneraju negara pada masa depan mempunyai prinsip dan jati diri yang unggul berteraskan Al-Quran dan Sunnah.

Perjumpaan bulanan ini bertujuan mengikat kembali ikatan ukhuwah sesama ahli ISMA supaya mempunyai tali ukhuwah yang kuat dan terus berbakti kepada masyarakat.

Comments

comments

ISMAMESIR