Ijtima’ Syahrie: Graduan Mesir Harapan Baru Malaysia

Wartawan: Amira Hanis bt Suhaimi (Jurugambar: Nur Asyilah Ahmad Sharipuddin)

MANSURAH, 27 November:  ‘Adakah kita hanya mahu menyumbang sebagai graduan yang biasa-biasa sahaja apabila pulang ke Malaysia? Atau kita mahu menjadi roh baru yang menjadi pemikir dan penggerak umat Islam?’ soal Ustaz Nik Rafie, wakil JKP ISMA-Mesir. Menurut beliau, kita harus membuka ufuk pemikiran dengan luas mengenai halatuju hidup. Tambahan lagi, pelbagai keistimewaan telah tersedia di Mesir;  dari aspek tarbiyah, fikrah dan wawasan hidup.

Sesi perkongsian pengalaman dan tips belajar turut disampaikan oleh saudari Dhamirah Nazihah Mohd Nasaruddin. ‘Letakkanlah niat belajar semata-mata kerana Allah. Jadikanlah wawasan sebagai ‘booster’ serta disiplinkanlah diri dengan masa untuk menjadi pelajar yang cemerlang’ ujar beliau.

Program yang bertempat di Beit Himmah ini diakhiri dengan aktiviti ukhuwah; ‘Topping Red Valvet Cake’ di mana setiap hadirin akan menghias sebji kek dan menghadiakan kepada saudaranya yang lain beserta kad ucapan.  Semoga program kali ini menyuburkan lagi ukhuwah antara mahasiswi ISMA Mansurah dan menjadi pencetus semangat untuk terus beramal sebagai pelajar dan dai’e (pendakwah).

Comments

comments

ISMAMESIR