Kelas Modul: 30 Isu Semasa Dalam Perubatan

Wartawan: Nur Amalina Halil

MADINAT NASR, 18 November:Buat julung-julung kalinya Biro Akedemik cawangan Madinat Nasr dengan kerjasama Majlis Ulama’ ISMA-Mesir (MUIS) telah menganjurkan Kelas Modul 30 Isu Semasa dalam Perubatan.

Kelas ini mengulas dan membincangkan isu permasalahan dalam perubatan berlandaskan Syariah Islam serta mendedahkan mahasisiwi tentang isu perubatan yang mesti difahami.  Kelas ini juga bertujuan mengasah bakat mahasiswi dalam bidang agama untuk tampil berhujah di khalayak ramai.

Kelas ini telah dibentangkan oleh Saudari Asiah Abdullah, mahasiswi Tahun 3, Kuliyyah Syariah Islamiyyah. Beliau telah menerangkan tiga tajuk awal berkaitan DNA Profiling, Klon dan Bayi Tabung Uji. Antara perkara yang dibincangkan dalam tajuk ini adalah berkaitan definisi, hukum, pandangan ulama’dan contoh dengan merujuk kitab Fatwa Mua’soroh hasil karangan Syeikh Yusuf Al-Qardawi. Kelas berkala ini akan disambung pada bulan Februari 2013.

Comments

comments

Comments are closed.